SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
LAMPIRAN
KERATAN AKHBAR
Modal merupakan perkara utama dalam membuka
mana-mana bentuk perniagaan, selain menggunakan modal simpanan sendiri
usahawan, kerajaan dibawah agensi seperti melalui agensi-agensi yang dilantik
secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan francais,
antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan Nasional
Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
KPDNKK melalui Akademi Perbadanan Nasional
Berhad (PNS), sentiasa bersedia untuk menyediakan latihan kepada francaisor,
francaisi, perunding francaisi dan masyarakat awam tempatan berkenaan industri
francais. Akademi PNS juga telah ditubuhkan pada tahun 2011 untuk melahirkan
usahawan francais yang mantap ilmu pengetahuannya serta mempunyai kemahiran
yang tersendiri. Diantara program dibawah akademi ini adalah Program Latihan
Softskill, Program Latihan Francais dan Program Kesedaran yang merangkumi forum
dan perkongsian ilmu. PNS pula berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam
membangunkan industri francais di Malaysia dibawah seliaan KPDNKK, termasuklah dari
segi menyediakan kemudahan pembiayaan. Diantara skim pembiayaan yang ditawarkan
oleh PNS adalah skim pembiayaan francais, skim pembiayaan kontrak, skim
pembiayaan lisensi, skim pembiayaan franciasor dan skim pembiayaan prafrancais.
Selain itu, terdapat beberapa agensi kerajaan
yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman secara tidak langsung sebagai
langkah permulaan dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan francais
antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga
(TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerajaan banyak menyediakan
program-program latihan dan bantuan kewangan melalui bahagian pembangunan
francais dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertujuan untuk membangunkan usahawan bumiputera di
dalam industri francais.
Pihak
swasta juga turut sama membantu kerajaan dalam memastikan industri francais di
Malaysia terus berkembang. Persatuan Francais Malaysia (MFA), satu badan bukan
kerajaan juga sering bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan
industri francais tempatan dan menjadi perantara ahli-ahli MFA dari industri
francais dengan kerajaan. MATRADE juga tidak ketinggalan turut serta
bekerjasama dengan KPDNKK, PNS dan MFA untuk mempromosikan francais tempatan
melalui pendedahan di luar negeri. Walau bagaimanapun, tiada perisikan pasaran
kualiti untuk mendapatkan trend dan konsep pemfrancaisan dari luar negeri yang
boleh memanfaatkan industri francais di Malaysia. (www.kpdnkk.gov.my)
Akta
Seminar Francais 1998 diadakan dengan objektif utama untuk memberi pendedahan
kepada orang awam dan pekerja mahir di dalam industri francais mengenai
kepentingan Akta Francais 1998. Selain dari bantuan kerajaan, agensi dan badan
bukan kerajaan turut mengambil berat mengenai industri francais di Malaysia.
Diantara agensi dan badan bukan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan
industri francais ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Credit Guarantee
Corporation Sdn Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad
(MAYBANK), CIMB Bank Berhad (CIMB), Malaysian Franchise Associations (MFA),
Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME
Corporation Malaysia. Agensi dan badan bukan kerajaan ini banyak memberi
sumbangan seperti latihan dan khidmat nasihat, bantuan kewangan serta premis
perniagaan. Keutamaan bantuan oleh agensi dan badan bukan kerajaan lebih
memberi keutamaan kepada usahawan bumiputera.