Monday, 29 February 2016

KESIMPULAN

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang maju di Malaysia. Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais telah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baru.

Dengan tumpuan fokus kepada industri ini oleh kerajaan sejak diperkenalkan pada 1993 dan pelbagai pelan tindakan, dana dan strategi oleh badan-badan yang dibawah Perbadanan Nasional Berhad, serta agensi-agensi yang berkaitan industri ini mempunyai potensi yang amat besar untuk maju dan menyumbang kepada pendapatan negara. Pengguna yang lebih mengenali produk francais luar negara seperti Pizza Hut, Burger King, McDonalds dan lain-lain. Hasilnya, aliran tunai di dalam negara akan keluar melalui pembayaran royalti dan yuran kepada francaisor/ pemilik jenama tersebut. Bagaimanapun kini rakyat Malaysia semakin peka dan memahami mengenai industri ini dan jumlah penyertaan semakin bertambah setiap tahun.

Usahawan-usahawan di Malaysia perlu serius dalam meneroka perniagaan sistem francais ini kerana ia merupakan satu peluang untuk memasarkan produk dan barangan ke luar negara kerana ia menawarkan lebih peluang untuk berkembang dan berpotensi tinggi untuk berjaya dengan penjualan produk tempatan atau perkhidmatan yang bertaraf glokal dalam pasaran antarabangsa.

No comments:

Post a Comment