SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
Sistem francais dapat membina satu hubungan dan
jaringan usahawan yang mantap dan sukar digugat pesaing sekiranya objektif
program difahami oleh semua usahawan (francaisor-francaisi) yang terlibat dalam
program ini. Melalui sistem francais risiko bisnes dapat diminimakan dan
diuruskan dengan lebih berkesan terutama bagi usahawan yang baru menceburi
dunia bisnes. Pengurusan risiko ini melibatkan perkara-perkara yang terdedah
kepada risiko seperti lambakan produk, stok lapuk, pusingan kakitangan,
penjenamaan yang lemah, produk dan kualiti yang tidak berkualiti, kecairan
tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor, stok dan sumber
manusia dapat diuruskan dengan lebih cekap serta dioptimakan. Berbanding jika
membuka rangkaian (outlet) sendiri, francaisor juga tidak perlu membuat
pelaburan yang tinggi untuk membuka rangkaian (outlet) di merata lokasi. (http://www.myfrancais.com/)
Kepada francaisor, rangkaian francaisi
memberikan peluang kepada jenama francaisor berada di lokasi-lokasi yang tidak
pernah atau tidak dapat dimasuki kerana dalam keadaan-keadaan tertentu,
francaisi mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pemilik dan pengurusan
lokasi strategik atau lebih mengenali lokasi yang ingin diterokai. Di peringkat
permulaan terdapat francaisi yang tiada keupayaan untuk mengajikan kumpulan
pengurusan yang cekap dan berkelayakan untuk membantu dalam operasi harian
bisnes. Tetapi melalui konsep francais, francaisor dapat memberi panduan dan
khidmat nasihat operasi bisnes secara berterusan kepada francaisi. Pada masa
yang sama, francaisor dapat memberi sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan
dan perakaunan) secara berkala (berjadual) kepada francaisi pada kadar yang
sangat minima ( Min Chen, 2004 ).
Suasana
ekonomi yang semakin mencabar telah menyebabkan kos bahan mentah, utiliti dan
kadar upah semakin meningkat. Ini memberi kesan kepada margin keuntungan bisnes
dalam semua industri. Untuk meningkatkan harga jualan produk dan perkhidmatan
dalam suasana ekonomi pada hari ini adalah sesuatu yang sangat sensitif malahan
dikhuatiri memberi persepsi negatif pelanggan terhadap imej bisnes. Melalui
sistem francais, kecekapan bisnes dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama
kos dapat diurus seterusnya diminimakan. Dengan adanya rangkaian francaisi yang
aktif, francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah, membeli secara pukal,
berkongsi kos untuk aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang kakitangan mengikut
keperluan, membina jenama dalam pasaran untuk menarik perhatian pelanggan dan
seterusnya memindahkan kesemua penjimatan kos ini kepada rangkaian francaisi. (http://www.myfrancais.com/)
No comments:
Post a Comment