Monday, 29 February 2016

LAMPIRAN

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN

KERATAN AKHBAR




RUJUKAN

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

RUJUKAN

Zek Zarina Shafii, 06 Jun 2012. Pembangunan Sektor Francais Di Malaysia. https://www.scribd.com/doc/96188416/Pembangunan-Sektor-Francais-Di-Malaysia-upload

Aziela Hanafee. (2013). Potensi Perniagaan Francais. Selangor: Pintar Firus Sdn. Bhd

Noorashikin Roslan. (4 Ogos 2014). Industri francais tunjuk perkembangan positif. Diperolehi pada 6 Januari 2016 daripada http://www.mfa.org.my/newmfa/ industri-francais-tunjuk-perkembangan-positif/

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012 – 2016.  www.kpdnkk.gov.my

Ismail Mohamad. ( 2012 ) . Francais : konsep dan perkembangannya.           Dewan Budaya, September : 48-49

http://www.mfa.org.my/newmfa/ industri-francais-tunjuk-perkembangan-positif/
Francais : Satu konsep perniagaan baru. ( 2013 ) . Berita Harian, 23 April : 12. 

KESIMPULAN

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang maju di Malaysia. Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais telah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baru.

Dengan tumpuan fokus kepada industri ini oleh kerajaan sejak diperkenalkan pada 1993 dan pelbagai pelan tindakan, dana dan strategi oleh badan-badan yang dibawah Perbadanan Nasional Berhad, serta agensi-agensi yang berkaitan industri ini mempunyai potensi yang amat besar untuk maju dan menyumbang kepada pendapatan negara. Pengguna yang lebih mengenali produk francais luar negara seperti Pizza Hut, Burger King, McDonalds dan lain-lain. Hasilnya, aliran tunai di dalam negara akan keluar melalui pembayaran royalti dan yuran kepada francaisor/ pemilik jenama tersebut. Bagaimanapun kini rakyat Malaysia semakin peka dan memahami mengenai industri ini dan jumlah penyertaan semakin bertambah setiap tahun.

Usahawan-usahawan di Malaysia perlu serius dalam meneroka perniagaan sistem francais ini kerana ia merupakan satu peluang untuk memasarkan produk dan barangan ke luar negara kerana ia menawarkan lebih peluang untuk berkembang dan berpotensi tinggi untuk berjaya dengan penjualan produk tempatan atau perkhidmatan yang bertaraf glokal dalam pasaran antarabangsa.

CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Setiap perniagaan yang diceburi sentiasa berhadapan dengan risiko cabaran dan halangan yang tersendiri. Begitu juga dengan perniagaan francais, meskipun sistem francais dianggap sebagai jalan mudah dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam perniagaan ini, akan tetapi terdapat beberapa halangan dan cabaran yang terpaksa diambil dan berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan antara halangan dan cabaran yang timbul adalah seperti ringkasan berikut.

a   a. Faktor Modal yang Tinggi
Bagi memulakan perniagaan francais, seseorang usahawan itu terlebih dahulu perlu mendapatkan hak penggunaan jenama dan bantuan dari francaisor dan ini memerlukan pembayaran kos yang tinggi, kos yang perlu ditanggung oleh francaisi  seperti yuran francais yang berjumlah yang tinggi dan tidak dikembalikan kiranya francaisi tidak menyambung perniagaan ini pada satu tempoh. Kos sewa, deposit premis perniagaan, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai juga ditanggung oleh francaisi. Francaisi juga perlu membayar royalti bulanan kepada mengikut peratus jualan atau perjanjian semasa menjadi francaisi dengan francaisor.

Di Malaysia, isu berkenaan pembayaran royalti ini dipantau oleh Perbadanan Nasional Berhad sebagai badan bertindak untuk francais Malaysia dan mengarahkan bahawa pembayaran royalti kepada francaisor tidak melebihi dari 5% jumlah hasil jualan bulanan francaisi. Yuran iklan dan yang berkait dengan mempromosikan jenama produk atau perkhidmatan francaisor ditanggung oleh francaisor tetapi ini tidak bermakna ia akan membantu mempromosikan perniagaan francaisi tersebut.

b. Pemilihan Francaisor Dengan Teliti

Pembangunan industri francais di Malaysia mempunyai kelemahan dalam akta dan perturan yang sedia ada dan ini perlu dibendung dan dibaiki segera supaya tidak menjejaskan kemajuan industri ini. Ketiadaan dokumen atau prospektus serta garis panduan khas yang patut disediakan oleh kerajaan untuk membolehkan bakal usahawan francaisi mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya. Jika semua ini ini tidak dijelaskan, maka timbul francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais. Sikap buruk bakal francaisi yang tidak meneliti terma perjanjian dan sikap francaisor yang tidak memberikan penerangan yang jelas dan terperinci juga menimbukan masalah dan akhirnya mempersalahkan sistem francais itu sendiri.

Perniagaan francais saling bergantung dan memerlukan antara satu dengan lain. Oleh sebab itu, proses pemilihan francaisi memang rumit  dan untuk memastikan francaisi yang dipilih benar-benar berkelayakan dan mempunyai kesungguhan untuk menjalankan perniagaan. Masalah pembayaran royalti yang perlu dibuat oleh francaisi yang mungkin akan lewat membuat pembayaran terutama bagi francaisi yang mengalami masalah kewangan. Rangkaian francaisi yang besar memerlukan pasukan pengurusan dan kawal selia yang berkesan bagi memastikan perjalanan dan perniagaan francaisi dapat memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh francaisor. Francaisi kebiasaannya akan menentang kempen promosi bermusim memandangkan ini akan meningkatkan kos kepada francaisi disebabkan kos bagi mengadakan promosi ditanggung bersama antara kedua-dua belah pihak.

c. Komitmen yang Tinggi Dari Francaisi

Francaisi perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek kewangan, simpanan, komitmen dalam perniagaan, kemampuan dari segi mental dan fizikal serta memiliki kepercayaan kepada produk atau perkhidmatan dan sentiasa menjalankan penyelidikan untuk kemajuan. Kegagalan berpunca apabila francaisi hanya berupaya mengeluarkan modal semata-mata dan tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi dengan bergantung sepenuhnya kepada francaisor.

d. Penamatan dan Pembaharuan Kontrak Francais

Kontrak francais antara francaisi dan francaisor tamat apabila tempoh sah seperti dalam perjanjian atau francaisi melanggar terma dalam perjanjian tersebut. Tiada jaminan bagi francaisi untuk memperbaharui kontrak walaupun francaisi tidak melanggar terma perjanjian. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun; tempoh ini bagi memastikan francaisi mendapat semula pelaburan dalam kurang dari tersebut. Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara otomatik kerana terma dan syarat baru mungkin akan dikenakan. Ini berkemungkinan bertujuan untuk memberi peluang kepada francaisi yang baru.

e. Tiada Kebebasan Kepada Francaisi

Bagi menjaga dan mengawal keseragaman, francaisor akan mengawal setiap perniagaan francaisi. Berikut adalah beberapa perkara yang berkaitan dalam perjanjian francais:
Pemilihan lokasi
 Hiasan dalam dan konsep perniagaan
Kawalan penjualan produk dan perkhidmatan
Kawalan dalam pengendalian operasi perniagaan 
Kawalan ke atas hak wilayah (Territorial Rights)

MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Pelbagai transformasi yang telah dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sedikit sebanyak memberikan peningkatan daya saing industri ini dan maklum balas yang diterima daripada masyarakat Malaysia dan antarabangsa menunjukkan industri francais di negara ini semakin matang dan berkembang sejajar dengan pembangunan negara. Masyarakat kini semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan pelbagai program dan pendedahan yang dijalankan oleh kementerian. (www.kosmo.com.my)

Pada hari ini, terdapat 523 jenama francais tempatan dan bilangannya semakin meningkat. Pihak kerajaan juga menerima banyak permohonan daripada syarikat-syarikat asing iaitu sebanyak 198 jenama. Sebanyak 68 peratus merupakan perniagaan yang berdaftar dengan pihak kementerian manakala bakinya iaitu 32 peratus merupakan jenama asing. Penerimaan jenama francais Malaysia di luar negara juga semakin meningkat iaitu sebanyak 60 jenama francais tempatan di 55 negara. Jenama francais Malaysia dilihat mempunyai potensi besar dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran wang serta eksport produk tempatan ke negara luar. (http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=647165)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN’) bagi tempoh sepanjang lima tahun iaitu dari 2012 hingga 2016. PIPFN bermatlamat menetapkan hala tuju strategik secara keseluruhan untuk industri francais dalam negara. PIPFN menetapkan visi dan misi industri francais bagi tempoh 10 tahun yang akan datang untuk hala tuju strategik secara menyeluruh bagi industri di Malaysia. Visi PIPFN adalah untuk menjadi dinamik dan teguh di dalam negeri dan menjadi pusat francais untuk pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah. Misi PIPFN pula adalah menyumbang ke arah agenda pembangunan ekonomi Malaysia serta melahirkan masyarakat yang berpendapatan tinggi. Dengan kewujudan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional, industri francais di Malaysia mampu membangun walaupun mempunyai berbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi.


SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Dalam usaha menggalakkan penyertaan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam perniagaan francais, kerajaan dan pihak swasta telah merangka program dan bantuan-bantuan khusus dalam menjadikan industri ini sebagai penyumbang utama ekonomi negara. Kerajaan, agensi dan badan bukan kerajaan dilihat banyak memberi sokongan kepada pembangunan francais dalam memastikan industri francais berkembang selari dengan perkembangan negara menuju negara maju 2020. Bagi memastikan industri perniagaan francais terus berdaya saing, kerajaan telah merangka beberapa program pembangunan untuk membantu usahawan dan peniaga francais.

Modal merupakan perkara utama dalam membuka mana-mana bentuk perniagaan, selain menggunakan modal simpanan sendiri usahawan, kerajaan dibawah agensi seperti melalui agensi-agensi yang dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti. Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara.PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia. Di bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta. Dengan penubuhan PNS, ia merupakan satu bukti yang kukuh malah menunjukkan komitmen kerajaan terhadap industri francais.

KPDNKK melalui Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sentiasa bersedia untuk menyediakan latihan kepada francaisor, francaisi, perunding francaisi dan masyarakat awam tempatan berkenaan industri francais. Akademi PNS juga telah ditubuhkan pada tahun 2011 untuk melahirkan usahawan francais yang mantap ilmu pengetahuannya serta mempunyai kemahiran yang tersendiri. Diantara program dibawah akademi ini adalah Program Latihan Softskill, Program Latihan Francais dan Program Kesedaran yang merangkumi forum dan perkongsian ilmu. PNS pula berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam membangunkan industri francais di Malaysia dibawah seliaan KPDNKK, termasuklah dari segi menyediakan kemudahan pembiayaan. Diantara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh PNS adalah skim pembiayaan francais, skim pembiayaan kontrak, skim pembiayaan lisensi, skim pembiayaan franciasor dan skim pembiayaan prafrancais.

PNS juga mempunyai panel perunding yang boleh membantu francaisor dan francaisi yang berpotensi. Khidmat panel perunding ini digunakan dalam program penukaran francais PPFT, DBFP dan Projek Siap Guna. Program Pembangunan Francaisor pula dilaksanakan melalui Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) dan Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF). PPFT menawarkan platform untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang. Melalui program ini, usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Ia boleh dibuat melalui perlantikan perunding francais yang berkelayakan untuk membangunkan serta membimbing peserta untuk menyediakan sistem francais, mendokumentasi proses dan prosedur kerja, membuka outlet prototaip (contoh) dan mengambil francaisi. Kos bagi perkhidmatan perunding dibiayai melalui program. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan mengambil inisiatif sendiri untuk menukar perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. (Bernama,2014)

Selain itu, terdapat beberapa agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman secara tidak langsung sebagai langkah permulaan dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerajaan banyak menyediakan program-program latihan dan bantuan kewangan melalui bahagian pembangunan francais dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertujuan untuk membangunkan usahawan bumiputera di dalam industri francais.

Pihak swasta juga turut sama membantu kerajaan dalam memastikan industri francais di Malaysia terus berkembang. Persatuan Francais Malaysia (MFA), satu badan bukan kerajaan juga sering bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan dan menjadi perantara ahli-ahli MFA dari industri francais dengan kerajaan. MATRADE juga tidak ketinggalan turut serta bekerjasama dengan KPDNKK, PNS dan MFA untuk mempromosikan francais tempatan melalui pendedahan di luar negeri. Walau bagaimanapun, tiada perisikan pasaran kualiti untuk mendapatkan trend dan konsep pemfrancaisan dari luar negeri yang boleh memanfaatkan industri francais di Malaysia. (www.kpdnkk.gov.my)

Akta Seminar Francais 1998 diadakan dengan objektif utama untuk memberi pendedahan kepada orang awam dan pekerja mahir di dalam industri francais mengenai kepentingan Akta Francais 1998. Selain dari bantuan kerajaan, agensi dan badan bukan kerajaan turut mengambil berat mengenai industri francais di Malaysia. Diantara agensi dan badan bukan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan industri francais ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Credit Guarantee Corporation Sdn Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad (MAYBANK), CIMB Bank Berhad (CIMB), Malaysian Franchise Associations (MFA), Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corporation Malaysia. Agensi dan badan bukan kerajaan ini banyak memberi sumbangan seperti latihan dan khidmat nasihat, bantuan kewangan serta premis perniagaan. Keutamaan bantuan oleh agensi dan badan bukan kerajaan lebih memberi keutamaan kepada usahawan bumiputera.






TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Pada 1993 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan memperkenalkan industri francais. Kini industri tersebut dilihat semakin berkembang baik dengan penambahan jumlah usahawan yang menyertai industri berkenaan bahkan ia memberi sumbangan positif kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sekali gus membawa pulangan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan sangat komited menggalakkan usahawan-usahawan tempatan khususnya Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk menceburkan diri dalam bidang francais.

Kerajaan telah menerima pakai pendekatan pembangunan francais sebagai salah satu cara untuk meningkatkan bilangan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang merupakan antara agenda terpenting di dalam Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru. Rentetan daripada itu, satu bahagian khusus yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Francais telah ditubuhkan di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, Program Pembangunan Francais (PPF) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994.

Pada tahun 2001, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan sebagai Tahun Francais dan pengisyhtiharan ini telah dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan pada ketika itu, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz berdasarkan cadangan oleh Penasihat Kementerian Kewangan, yang juga Penasihat Persatuan Francais Malaysia pada masa itu, Datuk Mustapa Mohamed ketika merumuskan hasil persidangan Franchise International Malaysia 2000. Pengisytiharan ini juga menunjukkan kesinambungan komitmen kerajaan sejak hampir sepuluh (10) tahun diperkenalkan di dalam pembangunan usahawan, khususnya usahawan bumiputera menerusi pendekatan sistem francais.

Oleh yang demikian, bagi memastikan pertumbuhan pesat industri francais Malaysia untuk menyumbangkan kepada ekonomi negara, Model Baru Ekonomi dan kejayaan Program Transformasi Ekonomi, isu dan cabaran pembangunan industri francais negara dikenalpasti supaya perancangan strategik dapat dibuat untuk menggariskan langkah-langkah pembangunan industri francais yang  mapan dan meningkatkan sumbangan francais kepada kemajuan ekonomi nasional.

Diatas inisiatif ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) untuk tempoh lima tahun dari 2012-2016. Pelan ini bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi membangunkan sektor industri francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya saing, efisien dan mampu memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais negara. Perlaksanaan strategi ini mengambil kira faktor jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang serta garis masa bagi mempercepatkan dan menyusun rancangan perlaksanaan yang berkesan dan memasukkan sasaran sementara indikatif untuk memudahkan dan menilai proses perancangan. Dalam hal ini, objektif-objektif pelan ini adalah :

1) Menilai pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk utaama seperti penyertaan francaisor dan francaisi bagi perkembangan industri francais tempatan dan sumbangan industri francais kepada ekonomi negara.

2)  Mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa.

3) Menentukan hala tuju industri francais negara sejajar kea rah menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang tahun 2020.

Hasrat perlaksanaan PIPFN adalah untuk menentukan semua lapisan masyarakat ; peniaga besar atau kecil-kecilan ataupun bakal usahawan berpeluang untuk menceburi peniagaan francais. Ia juga bertujuan untuk memperluaskan fokus dari sektor tradisional (cth: makanan, minuman, pakaian, kesihatan, kecantikan) kepada sektor niche yang masih belum dieksplotasi sepenuhnya secara sistem francais yang tersenarai dalam Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonoimi, Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Wawasan 2020 seperti produk dan perkhidmatan hijau, eco-tourism, produk dan perkhidmatan mematuhi syariah, pendidikan, pelancongan-kesihatan untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan negara-negara Islam serta negara-negara lain yang mempunyai pasaran yang berpotensi.