SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Pada 1993 di bawah kepimpinan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan memperkenalkan industri francais. Kini
industri tersebut dilihat semakin berkembang baik dengan penambahan jumlah
usahawan yang menyertai industri berkenaan bahkan ia memberi sumbangan positif
kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sekali gus membawa pulangan positif
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan sangat komited menggalakkan
usahawan-usahawan tempatan khususnya Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk
menceburkan diri dalam bidang francais.
Kerajaan telah menerima pakai pendekatan
pembangunan francais sebagai salah satu cara untuk meningkatkan bilangan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang merupakan
antara agenda terpenting di dalam Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan
Dasar Ekonomi Baru. Rentetan daripada itu, satu bahagian khusus yang dikenali
sebagai Bahagian Pembangunan Francais telah ditubuhkan di bawah Unit
Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, Program
Pembangunan Francais (PPF) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana
Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994.
Pada tahun 2001, kerajaan Malaysia telah
mengisytiharkan sebagai Tahun Francais dan pengisyhtiharan ini telah dibuat
oleh Menteri Pembangunan Usahawan pada ketika itu, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul
Aziz berdasarkan cadangan oleh Penasihat Kementerian Kewangan, yang juga
Penasihat Persatuan Francais Malaysia pada masa itu, Datuk Mustapa Mohamed
ketika merumuskan hasil persidangan Franchise International Malaysia 2000.
Pengisytiharan ini juga menunjukkan kesinambungan komitmen kerajaan sejak
hampir sepuluh (10) tahun diperkenalkan di dalam pembangunan usahawan,
khususnya usahawan bumiputera menerusi pendekatan sistem francais.
Oleh yang demikian, bagi memastikan pertumbuhan
pesat industri francais Malaysia untuk menyumbangkan kepada ekonomi negara,
Model Baru Ekonomi dan kejayaan Program Transformasi Ekonomi, isu dan cabaran
pembangunan industri francais negara dikenalpasti supaya perancangan strategik
dapat dibuat untuk menggariskan langkah-langkah pembangunan industri francais
yang mapan dan meningkatkan sumbangan
francais kepada kemajuan ekonomi nasional.
Diatas inisiatif ini, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyediakan Pelan Induk
Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) untuk tempoh lima tahun dari 2012-2016.
Pelan ini bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi
membangunkan sektor industri francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya
saing, efisien dan mampu memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais
negara. Perlaksanaan strategi ini mengambil kira faktor jangka masa pendek,
sederhana dan jangka masa panjang serta garis masa bagi mempercepatkan dan
menyusun rancangan perlaksanaan yang berkesan dan memasukkan sasaran sementara
indikatif untuk memudahkan dan menilai proses perancangan. Dalam hal ini,
objektif-objektif pelan ini adalah :
1) Menilai pembangunan industri francais
berdasarkan petunjuk utaama seperti penyertaan francaisor dan francaisi bagi
perkembangan industri francais tempatan dan sumbangan industri francais kepada
ekonomi negara.
2) Mengkaji
semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa.
3) Menentukan
hala tuju industri francais negara sejajar kea rah menjadikan Malaysia sebagai
pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang tahun 2020.
Hasrat perlaksanaan PIPFN adalah untuk menentukan
semua lapisan masyarakat ; peniaga besar atau kecil-kecilan ataupun bakal
usahawan berpeluang untuk menceburi peniagaan francais. Ia juga bertujuan untuk
memperluaskan fokus dari sektor tradisional (cth: makanan, minuman, pakaian,
kesihatan, kecantikan) kepada sektor niche yang masih belum dieksplotasi
sepenuhnya secara sistem francais yang tersenarai dalam Model Baru Ekonomi
(MBE), Program Transformasi Ekonoimi, Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan
Wawasan 2020 seperti produk dan perkhidmatan hijau, eco-tourism, produk dan
perkhidmatan mematuhi syariah, pendidikan, pelancongan-kesihatan untuk
menembusi pasaran Timur Tengah dan negara-negara Islam serta negara-negara lain
yang mempunyai pasaran yang berpotensi.
No comments:
Post a Comment