Monday, 29 February 2016

CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Setiap perniagaan yang diceburi sentiasa berhadapan dengan risiko cabaran dan halangan yang tersendiri. Begitu juga dengan perniagaan francais, meskipun sistem francais dianggap sebagai jalan mudah dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam perniagaan ini, akan tetapi terdapat beberapa halangan dan cabaran yang terpaksa diambil dan berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan antara halangan dan cabaran yang timbul adalah seperti ringkasan berikut.

a   a. Faktor Modal yang Tinggi
Bagi memulakan perniagaan francais, seseorang usahawan itu terlebih dahulu perlu mendapatkan hak penggunaan jenama dan bantuan dari francaisor dan ini memerlukan pembayaran kos yang tinggi, kos yang perlu ditanggung oleh francaisi  seperti yuran francais yang berjumlah yang tinggi dan tidak dikembalikan kiranya francaisi tidak menyambung perniagaan ini pada satu tempoh. Kos sewa, deposit premis perniagaan, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai juga ditanggung oleh francaisi. Francaisi juga perlu membayar royalti bulanan kepada mengikut peratus jualan atau perjanjian semasa menjadi francaisi dengan francaisor.

Di Malaysia, isu berkenaan pembayaran royalti ini dipantau oleh Perbadanan Nasional Berhad sebagai badan bertindak untuk francais Malaysia dan mengarahkan bahawa pembayaran royalti kepada francaisor tidak melebihi dari 5% jumlah hasil jualan bulanan francaisi. Yuran iklan dan yang berkait dengan mempromosikan jenama produk atau perkhidmatan francaisor ditanggung oleh francaisor tetapi ini tidak bermakna ia akan membantu mempromosikan perniagaan francaisi tersebut.

b. Pemilihan Francaisor Dengan Teliti

Pembangunan industri francais di Malaysia mempunyai kelemahan dalam akta dan perturan yang sedia ada dan ini perlu dibendung dan dibaiki segera supaya tidak menjejaskan kemajuan industri ini. Ketiadaan dokumen atau prospektus serta garis panduan khas yang patut disediakan oleh kerajaan untuk membolehkan bakal usahawan francaisi mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya. Jika semua ini ini tidak dijelaskan, maka timbul francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais. Sikap buruk bakal francaisi yang tidak meneliti terma perjanjian dan sikap francaisor yang tidak memberikan penerangan yang jelas dan terperinci juga menimbukan masalah dan akhirnya mempersalahkan sistem francais itu sendiri.

Perniagaan francais saling bergantung dan memerlukan antara satu dengan lain. Oleh sebab itu, proses pemilihan francaisi memang rumit  dan untuk memastikan francaisi yang dipilih benar-benar berkelayakan dan mempunyai kesungguhan untuk menjalankan perniagaan. Masalah pembayaran royalti yang perlu dibuat oleh francaisi yang mungkin akan lewat membuat pembayaran terutama bagi francaisi yang mengalami masalah kewangan. Rangkaian francaisi yang besar memerlukan pasukan pengurusan dan kawal selia yang berkesan bagi memastikan perjalanan dan perniagaan francaisi dapat memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh francaisor. Francaisi kebiasaannya akan menentang kempen promosi bermusim memandangkan ini akan meningkatkan kos kepada francaisi disebabkan kos bagi mengadakan promosi ditanggung bersama antara kedua-dua belah pihak.

c. Komitmen yang Tinggi Dari Francaisi

Francaisi perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek kewangan, simpanan, komitmen dalam perniagaan, kemampuan dari segi mental dan fizikal serta memiliki kepercayaan kepada produk atau perkhidmatan dan sentiasa menjalankan penyelidikan untuk kemajuan. Kegagalan berpunca apabila francaisi hanya berupaya mengeluarkan modal semata-mata dan tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi dengan bergantung sepenuhnya kepada francaisor.

d. Penamatan dan Pembaharuan Kontrak Francais

Kontrak francais antara francaisi dan francaisor tamat apabila tempoh sah seperti dalam perjanjian atau francaisi melanggar terma dalam perjanjian tersebut. Tiada jaminan bagi francaisi untuk memperbaharui kontrak walaupun francaisi tidak melanggar terma perjanjian. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun; tempoh ini bagi memastikan francaisi mendapat semula pelaburan dalam kurang dari tersebut. Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara otomatik kerana terma dan syarat baru mungkin akan dikenakan. Ini berkemungkinan bertujuan untuk memberi peluang kepada francaisi yang baru.

e. Tiada Kebebasan Kepada Francaisi

Bagi menjaga dan mengawal keseragaman, francaisor akan mengawal setiap perniagaan francaisi. Berikut adalah beberapa perkara yang berkaitan dalam perjanjian francais:
Pemilihan lokasi
 Hiasan dalam dan konsep perniagaan
Kawalan penjualan produk dan perkhidmatan
Kawalan dalam pengendalian operasi perniagaan 
Kawalan ke atas hak wilayah (Territorial Rights)

No comments:

Post a Comment