Monday 29 February 2016

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Dalam usaha menggalakkan penyertaan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam perniagaan francais, kerajaan dan pihak swasta telah merangka program dan bantuan-bantuan khusus dalam menjadikan industri ini sebagai penyumbang utama ekonomi negara. Kerajaan, agensi dan badan bukan kerajaan dilihat banyak memberi sokongan kepada pembangunan francais dalam memastikan industri francais berkembang selari dengan perkembangan negara menuju negara maju 2020. Bagi memastikan industri perniagaan francais terus berdaya saing, kerajaan telah merangka beberapa program pembangunan untuk membantu usahawan dan peniaga francais.

Modal merupakan perkara utama dalam membuka mana-mana bentuk perniagaan, selain menggunakan modal simpanan sendiri usahawan, kerajaan dibawah agensi seperti melalui agensi-agensi yang dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti. Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara.PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia. Di bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta. Dengan penubuhan PNS, ia merupakan satu bukti yang kukuh malah menunjukkan komitmen kerajaan terhadap industri francais.

KPDNKK melalui Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sentiasa bersedia untuk menyediakan latihan kepada francaisor, francaisi, perunding francaisi dan masyarakat awam tempatan berkenaan industri francais. Akademi PNS juga telah ditubuhkan pada tahun 2011 untuk melahirkan usahawan francais yang mantap ilmu pengetahuannya serta mempunyai kemahiran yang tersendiri. Diantara program dibawah akademi ini adalah Program Latihan Softskill, Program Latihan Francais dan Program Kesedaran yang merangkumi forum dan perkongsian ilmu. PNS pula berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam membangunkan industri francais di Malaysia dibawah seliaan KPDNKK, termasuklah dari segi menyediakan kemudahan pembiayaan. Diantara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh PNS adalah skim pembiayaan francais, skim pembiayaan kontrak, skim pembiayaan lisensi, skim pembiayaan franciasor dan skim pembiayaan prafrancais.

PNS juga mempunyai panel perunding yang boleh membantu francaisor dan francaisi yang berpotensi. Khidmat panel perunding ini digunakan dalam program penukaran francais PPFT, DBFP dan Projek Siap Guna. Program Pembangunan Francaisor pula dilaksanakan melalui Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) dan Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF). PPFT menawarkan platform untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang. Melalui program ini, usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Ia boleh dibuat melalui perlantikan perunding francais yang berkelayakan untuk membangunkan serta membimbing peserta untuk menyediakan sistem francais, mendokumentasi proses dan prosedur kerja, membuka outlet prototaip (contoh) dan mengambil francaisi. Kos bagi perkhidmatan perunding dibiayai melalui program. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan mengambil inisiatif sendiri untuk menukar perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. (Bernama,2014)

Selain itu, terdapat beberapa agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman secara tidak langsung sebagai langkah permulaan dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerajaan banyak menyediakan program-program latihan dan bantuan kewangan melalui bahagian pembangunan francais dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertujuan untuk membangunkan usahawan bumiputera di dalam industri francais.

Pihak swasta juga turut sama membantu kerajaan dalam memastikan industri francais di Malaysia terus berkembang. Persatuan Francais Malaysia (MFA), satu badan bukan kerajaan juga sering bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan dan menjadi perantara ahli-ahli MFA dari industri francais dengan kerajaan. MATRADE juga tidak ketinggalan turut serta bekerjasama dengan KPDNKK, PNS dan MFA untuk mempromosikan francais tempatan melalui pendedahan di luar negeri. Walau bagaimanapun, tiada perisikan pasaran kualiti untuk mendapatkan trend dan konsep pemfrancaisan dari luar negeri yang boleh memanfaatkan industri francais di Malaysia. (www.kpdnkk.gov.my)

Akta Seminar Francais 1998 diadakan dengan objektif utama untuk memberi pendedahan kepada orang awam dan pekerja mahir di dalam industri francais mengenai kepentingan Akta Francais 1998. Selain dari bantuan kerajaan, agensi dan badan bukan kerajaan turut mengambil berat mengenai industri francais di Malaysia. Diantara agensi dan badan bukan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan industri francais ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Credit Guarantee Corporation Sdn Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad (MAYBANK), CIMB Bank Berhad (CIMB), Malaysian Franchise Associations (MFA), Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corporation Malaysia. Agensi dan badan bukan kerajaan ini banyak memberi sumbangan seperti latihan dan khidmat nasihat, bantuan kewangan serta premis perniagaan. Keutamaan bantuan oleh agensi dan badan bukan kerajaan lebih memberi keutamaan kepada usahawan bumiputera.






1 comment:

  1. Top 10 casinos with slots, jackpots and more - MapyRO
    Play 동해 출장마사지 free slots at top casino 순천 출장샵 sites 원주 출장안마 in Michigan. 강원도 출장샵 slots and poker games and are often 포천 출장마사지 found at casinos around the country.

    ReplyDelete