SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
SEJARAH FRANCAIS DI PERINGKAT GLOBAL
Sejarah perkembangan francais di dunia menjadi
bukti bahawa bentuk francais yang sedia ada pada saat ini merupakan
pengembangan daripada sistem francais yang telah diterokai sejak tahun 1850-an
dan mula berkembang tahun pada 1950-an serta 1960-an di Amerika Syarikat. Latar
belakang dan matlamat daripada sistem ini adalah supaya barangan dan
perkhidmatan yang dikeluarkan dapat diedar dan dijual ke seluruh bahagian lainnya.
Bentuk francais pertama yang paling sederhana
adalah format perniagaan yang dipelopori pada sekitar tahun 1850-an oleh Singer
Sewing Machine Company. Isaac Singer sebagai pembuat mesin jahit telah memperkenalkan
sistem francais untuk mengembangkan dan meningkatkan pengeluaran mesin
jahitnya. Walaupun usaha yang dilakukannya tidaklah berjaya, akan tetapi ia
menjadi orang pertama yang mengenalkan kepada dunia perniagaan tentang format
perniagaan francais ini di Amerika Syarikat.
Usaha Isaac Singer ini diteruskan oleh Jhon
Styth Pemberton yang lebih berjaya menggunakan format francais untuk
mengembangkan syarikat minuman Coca Cola. Namun, sumber lain menjelaskan bahawa
yang mengikuti jejak Isaac Singer bukanlah Coca Cola, tetapi sebuah industri
automotif di Amerika Syarikat, iaitu General Motors Industry, sebuah syarikat
reka bentuk dan perkilangan yang dibina pada tahun 1897.
Sistem francais mula diminati dan dipelopori
oleh syarikat-syarikat berasaskan makanan segera (fast food). Sistem francais
moden makanan segera telah diperkenalkan pada 1935 oleh A&W Root Beer yang
ketika itu dimiliki oleh Howard Deering Johnson dan Reginald Spragu. Mereka
telah mencetuskan idea untuk memasarkan makanan segera mereka secara sistem
francais, dimana pengelola restoran boleh menggunakan jenama, pembekal,
rekabentuk logo, dalaman dan konsep sebagai pertukaran yuran yang dibayar.
Tahun 1953 menyaksikan restoran makanan segera McDonalds yang diasaskan oleh
adik beradik Dick dan McDonald turut menggunakan format francais dalam
mengembangkan lagi industri makanan segera.
Tahun 1990 telah menyaksikan industri francais
semakin berkembang terutamanya di Amerika Syarikat dan terus meluas ke pelbagai
negara. Hari ini telah menyaksikan industri francais telah mendapat tempat dan
tumbuh mendadak meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan seperti rangkaian
restoran makanan segera, peruncitan, pembinaan, perhotelan, pelancongan,
perniagaan barangan sukan, rangkaian televisyen berbayar dan hiburan.
SEJARAH FRANCAIS DI MALAYSIA
Malaysia antara negara yang turut menerima tempias daripada perkembangan dan penerimaan orang ramai terhadap industri ini. Kajian yang dilakukan daripada sumber Internet mendapati perniagaan francais di Malaysia bermula pada tahun 1960-an menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, syarikat kasut BATA, perhotelan, syarikat-syarikat minyak dan automotif. Tahun 1970-an dan 80-an telah menyaksikan pertumbuhan pesat industri ini dimana restoran-restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini.
Situasi ini berterusan dan pada hari ini telah berlakunya pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan menggunakan sistem francais termasuklah pusat servis kereta dan kedai-kedai tayar, kedai alat ganti kenderaan dan aksesori, kedai-kedai buku, fesyen baju, pusat kecantikan, kedai runcit, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan telekomunikasi.
Perniagaan secara francais di Malaysia masih menjadi kaedah perniagaan yang baru di kalangan usahawan walaupun industri ini dipromosi dan disokong oleh kerajaan sejak awal tahun 1990-an lagi. Di peringkat global, perniagaan secara francais menjadi pilihan utama usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang. Antara syarikat yang terkenal dengan perniagaan secara francais ialah McDonald dan KFC. (Sumber: http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=647165)
Syarikat yang berteraskan makanan segera ini mendapat keuntungan berganda kerana berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di pelosok dunia melalui perniagaan francais. Di Malaysia walaupun belum banyak produk francais tempatan difrancaiskan ke luar negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya mengembangkan jenama mereka ke luar negara, contohnya, Langkawii Crystall, Marrybrown Fried Chicken, Nelson's dan Sugar Bun. (Sumber: http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=647165
Kajian pasaran menunjukkan bahawa sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global. Berdasarkan hal ini, kerajaan telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992, di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Pasaran francais negara kini dianggarkan bernilai RM250 juta dengan kadar pertumbuhannya di tahap 3 peratus setahun. Kadar ini dijangka melonjak kepada 30 peratus setahun menjelang tahun 2020. Tahun 2015 menyaksikan industri francais memberi sumbangan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM 25.6 bilion dan disasarkan meningkat sehingga sekali ganda kepada kepada 4.3 peratus menjelang 2016 daripada 2.2 peratus ketika ini. (www.bharian.com.my)
Faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara melalui pelbagai dasar ekonomi turut menyemarakkan lagi kerancakan bidang perniagaan di Malaysia. Ini menyebabkan negara kita dilihat amat berpotensi untuk membangunkan sistem perniagaan francais. Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan.

No comments:
Post a Comment